Assalamualaikum.
Terima Kasih kerana sudi melawat ke laman blog saya.
19 May 2017
KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya; 1. Bulan diturunkan Al-Quran Maksudnya:
Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai
keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia
2. Bulan penuh berkat Bulan
Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya
rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api
neraka. "Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu
syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.
3. Bulan Penghapusan dosa Maksudnya:
Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga
malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya
diampunkan dosanya yang telah lalu. .
4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar Maksudnya:
Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul
Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu
lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan
Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan.
Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar.
No comments:
Post a Comment